Sunday, November 20, 2011

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

الحمد لله والشكر لله على جميع نعم الله حمدا و شكرا يليقان بجلال الله وجمال الله وكمال الله وكبرياء الله وعظمة الله وقدرة الله وسلطان الله دائمين بدوام الله باقيين ببقاء الله فى كل لمحة ونفس عدد ما احاط به علم الله واحصاه كتاب الله وخطه قلم الله وعدد ما اوجدته قدرة الله وخصصته ارادة الله ومداد كلمات الله كما ينبغى لجلال الله وجه ربنا وجماله وكماله وكما يحب ربنا ويرضى 
Segala Puji-puijian  bagi Allah
dan segala Syukur bagi Allah
di atas segala Nikmat-nikmatnya 
dengan Pujian dan Kesyukuran
yang bersesuaian dengan Kebesaran Allah
dan Keindahan Allah
dan Kesempurnaan Allah
dan Kemegahan Allah
dan Keagungan Allah
dan Kekuasaan Allah
dan Pemerentahan Allah yang Abadi
dengan Keabadian Allah
yang Kekal dengan Berkekalan Allah
pada setiap pandangan dan nafas
sebanyak apa yang dirangkumi oleh Ilmu Allah
dan yang diliputi oleh Kitab Allah
yang ditulis oleh Qalam Allah
dan sebanyak bilangan apa yang diiadakan oleh Kekuasaaan Allah
dan yang ditentukan oleh Kehendak Allah
dan sebanyak Kalimah-kalimah Allah
seperti yang layak bagi Kebesaran  Wajah Rabb kami
serta KeindahanNya
dan kesempurnaanNya
dan seperti yang diKasihi oleh Tuhan kami
dan yang diRedhaiNya


...اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ, وَعَلَى جَمِيْـعِ الأَنْبِيَآءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ, وَعَلَى جِبْرِيْلَ وَمِيْكَائِيْلَ وَإِسْرَافِيْلَ وَمَلَـكِ الْمَـوْتِ وَحَمَلَةِ العَرْشِ, وَعَلَى الْمَلآئِكَةِ أَجْمَعِيْنَ, وَعَلَى الأَوْلِيَـآءِ وَالـصَّالِحِيْنَ, وَعَلَى جَمِيْعِ عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِيْنَ, فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُكَ, آمِيْنَ
 "Ya Allah! Limpahkanlah rahmat, kesejahteraan dan keberkatan ke atas 
penghulu kami Muhammad 
dan ke atas keluarganya,
 dan sekalian Nabi dan Rasul, 
Jibril, Mikail, Malaikat Maut, dan Pemikul-Pemikul Arasy, 
serta ke atas dan sekalian para Malaikat , 
dan wali-wali dan orang-orang yang soleh, 
pada setiap kelipan mata dan hembusan nafas dan pada luasnya ilmuMu. 
Perkenankanlah, Ya Allah

Thursday, January 22, 2009





Rawatan Urut Urat Zaman Ariffin


Rawatan Urut Urat Memulihkan dan Membetulkan Urat Saraf 
Al fakir Zaman Ariffin Balawi al-Ahmadi

Asalamuaikum semua , al-Hamdulillah, syukur  dengan nikmat dan anugerah Allah s.w.t. yang telah dilimpahkan kepad si fakir yang hina ini di sisi Allah Yang Maha Mulia
Selawat dan Salam Allah kepada junjungan yang mulia Rasulullah s.a.w.
Kepada yang mengenali saya ,terima kaseh atas sokongan yang telah diberikan oleh sahabat dan rakan,
 ibarat saudara , semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita semua.
Diam tak diam sudah lebih 5 tahun saya merawat sebagai pengurut urat saraf dan perawat islam
Al-Hamdulillah dengan nikmat Allah bermula dengan Rm1.30 di poket, seorang hamba Allah telah memberi saya rumah di Pandan Jaya,tempat pertama bertapaknya saya sebagai perawat, 
dan pada hari pertama dengan nikmat Allah jua saya di beri tugas mengurut seorang tua
maka dari hari itulah rezeki Allah berterusan di samping ujian hidup,
 al-Hamdulillah maka bermulalah saya sebagai perawat sehingga kini
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim Ya Hayyu Ya Qoyyum 
Ya Hannan Ya Manan
bimbinglah hambaMu yang doif ini ke jalan yang benar lagi lurus
tanpa Rahmat dan EhsanMu 
maka hancurlah aku...

Urut Urat Lengkap Seluruh Badan


Untuk mendapatkan keputusan yang baik dan menyeluruh, urut urat seluruh badan amat digalakkan
perawat akan mengurut ke seluruh bahaguan badan dan urat saraf lengkap semuanya degan kaedah ini perawat dapat mengesan bahagian badan atau urat saraf yang bermasalah dan memulihkan dan mengeluarkan angin sesat dari badan, anggota ,otot urat dan saraf pesakit.


Permulaan , pesakit akan disuruh meniarap. perawat akan mengurut bermula dari bahagian belakang badan dari tulang sulbi dan sisi tulang belakang, hinggga ke bahagian belikat dan bahu belakang,, bahagian ini mempunyai titik refleksologi aktif yang paling banyak pada badan, jika ada bahagian yg terasa sangat sakit selalunya ia berkaitan dengan organ dalaman badan seperti jantung dan paru-paru untuk masalah pernafasan, jika bahagian bawah sulbi sakit ia berkaitan degan masalah sistem kelamin lelaki. bahagian ini akan di urut berulang kali sehingga selesai semua bahagian di betulkan.
  • Kemudian perawat akan mengurut dan membetulkan urat dan otot pinggul dan paha kaki belakang pesakit , betis hingga buku lali dan tapak kaki,, darah akan ditolak ke atas ke bahagian badan pesakit, pekara sama kedua2 belah bahagian kaki sehingga selesai otot dan urat di betulkan..
  • Anggota Tangan bahagian belakang dan jari di urut dan di betulkan urat dan otot di kedua2 belah bahagian dan darah di tolak ke badan pesakit.
bahagian akhir yang di urut semasa pesakit meniarap adalah bahagian kepala sehingga selesai.
Apabila semua bahagian belakang selesai di urut pesakit akan di suruh terlentang,,,
  • Untuk bahagian depan ... urutan di mulakan dari dada ke pusat. kemudian perut
Urutan di perut penting kerana punca penyakit selalunya datang dari perut. Kaabah adalah pusat dunia.. maka perut ada pusat bagi badan manusia . urutan sama seperti pusingan tawaf di Kaabah lawan jam dan tujuh pusingan.
Selesai bahagian perut. Kawasan rusuk akan di urut dari belakang ke depan seulas demi seulas sehinggga rusuk atas dan di kedua2 belah.
  • Lengan dan tangan depan akan di urut di kedua2 belah sehingga selesai .
Apabila bahagian atas badan selesai . urutan di peha di buat bermula dari sendi atas lutut. bahagian peha ini penting sebab urat di sini bersambung dengan urat batin lelaki. Urut membetulkan urat dan otot di kedua-dua belah di buat sehingga selesai. bahagian ini juga penting untuk orang yg mengalami masalah sakit pinggang.
  • Kemudian bahagian bawah kaki di urut dari hujung jari ke atas sebelum semua darah di tolak ke atas .Apabila selesai . perawat akan mengurut bahagian kepala depan dan muka pesakit sehingga selesai.
  • Apabila semua bahagian anggota tersebut selesai di urut, sedikit senaman akan di buat pada kaki pesakit senaman harimau untuk membetulkan balik kedudukan tulang belakang dan pinggul. Bahagian akhir yang di urut adalah di tempat sulit lelaki. Bahagian ini diurut bila pesakit mahu dan menghadapi masalah sahaja, jika pesakit tidak mahu di urut bahagian ini perawat tidak akan menyentuhnya, urat akar pangkal akan dibetulkan dulu iaitu di bawah telur dan sisi pangkal zakar. ari-ari ke pusat. dan urutan dari pangkal ke takuk. angin akan dibuang, urat dan otot di betulkan.
Apabila semua selesai di urut pesakit akan di suruh duduk . perawat akan membetulkan urat tangan dan badan dari belakang. sebelum mengakhiri rawatan urutnya dengan berselawat. dan mintak dipulihkan kesihatan pesakit dengan izin Allah.
  • Untuk Rawatan Urut Lengkap Seluruh Badan .. pesakit tidak di galakkan mandi selepas berurut sekurang-kurangnya 3 jam selepas berurut...sebab minyak yang digunakan akan meresap ke dalam badan pesakit dalam masa itu dan memulihkan badan.dan untuk mengelakkan angin masuk semula ke badan pesakit. pesakit juga tidak digalakkan membuat kerja kuat seperti mengangkat barang berat atau bersukan. sebab semasa berurut otot2 seperti di paksa membuat keja jadi seelok-eloknya pesakit di nasihati berehat atau tidor di rumah.
  • Insyaallah selepas berurut badan pesakit akan kembali normal, rasa lebih ringan dan bertenaga,dan pergerakkan anggota badan menjadi lebih selesa...Dengan Izin Allah biasanya badan pesakit akan pulih . adalah di galakkan ulangan urutan di buat selepas itu. paling awal 3 hari , 5hari atau 7hari tapi bukan satu syarat, seelok2nya urutan berjadual di buat setiap bulan, ini cara yang terbaik.

Dapatkan Rawatan Sebenar Urut Melayu Tanpa mengeluarkan wang yang banyak dan rawatan yang sia-sia dari tukang urut komersal sekarang.
  • Upah untuk Rawatan Lengkap Urut Urat Seluruh Badan.... Rm70
  • tiada charge- tersembunyi dikenakan.. upah urut adalah tetap, upah urut adalah berdasarkan kederat yang di gunakan oleh perawat semasa mengurut, diharap tidak membebankan pesakit. jika benar-benar tidak mampu boleh berbincang dengan saya. Sesungguhnya saya mencari yang halal, yang halal itulah yang berkat dan yang berkat itu mencukupi walaupun sedikit, insyaallah.
  • Masa Rawatan Urut Urat berbeza-beza mengikut masalah yang dihadapi,,, selalunya mengambil masa dari sejam ke sejam 30 minit.... kadang-kadang ada juga sampai 2 jam kerana banyak urat yang perlu di betulkan... bayaran tetap sama ikut badan bukan ikut jam... saya mengurut sehinggga selesai satu badan bukan mengikut jam seperti tukang urut sekarang.
  • Jika pesakit menderita penyakit tertentu, atau mengalami sakit yang berlanjutan, lebih seminggu, sakit belikat, belakang badan, letih lesu, tak bersemangat dan sebagainya, sila sms nama  penuh , nama bapa dan nama ibu, serta masalah yang di hadapi, InsyaAllah
  • Rawatan mereka yang mengalami ganguan mahluk..(jin,saka,sihir,ilmu yang sesat,qorin,ifrit, kifarah dan lain2 sakit kronik dan kes2 di icu)..sila hubungi terus degan al-fakir zaman ariffin..upah untuk rawatan akibat gangguan adalah mengikut keikhlasan hati pesakit sesuai dengan rezeki yang Allah kurniakan padanya, dan keluarganya dan pesakit di galakkan rajin bersedekah dan solat taubat.InsyaAllah

Kembalikan Stamina Dan Kecergasan Badan Anda Dengan Berurut





Berurut merupakan amalan tradisi masyarakat melayu sejak zaman berzaman......urut cara melayu berbeza dengan cara urut bangsa lain.. urut urat melayu... adalah kaedah urut di mana pengurut akan membuang angin sesat dalam badan dan membetulkan urat simpul, dengan cara urutan sehingga semua angin sesat  yang menyebabkan sakit-sakit badan itu keluar dari badan melalui pemindahan ke badan tukang urut,,,,dan urat badan dibetulkan kedudukannya.
  • Kaedah urut cara urut urat ini kebiasaannya adalah Anugerah dari Allah kepada hambanya yang menjadi tanggugjawab hamba Allah itu memikul tanggungjawab merawat kepada yang sakit..dan sesungguhnya ilmu Allah itu tak terhingga luasnya...
Tiada unsur-unsur kurafat di gunakan, minyak urut di masak sendiri oleh tukang urut,.. pengurut hanya mengunakan salawat dan ayat alquran untuk mengurut badan pesakit di samping bertawakkal kepada Allah .
  • Banyak Faktor yang menyebabkan seseorang mengalami sakit badan . Faktor utama adalah faktor fizikal akibat bertambahan umur,, hormon badan tak stabil, kurang bersenam, faktor kerja yang berpanjangan, kurang rehat,, duduk terlalu lama depan komputer, masalah sakit kronik seperti lemah jantung. darah tinggi, kencing manis , sakit buah pinggang dan lain-lain.
  • Sering juga terjadi sakit-sakit badan di sebabkan gangguan mahluk halus. makluk halus dari bangsa jin  yang hinggap di belakang tengkuk , belikat dan sendi-sendi dan urat pesakit selalu menjadi punca pada kesakitan, lesu, lenguh, sakit kepala,gelisah, sukar tidur, berdebar dan sebagainya...kaedah bacaaan ayat alquran dan mengurut dengan air zam-zam yang di rukyah akan  digunakan,, 
  • selalunya perawat dapat mengesan sakit berpunca dari masalah fizikal atau gangguan...............
  •  setiap penyakit datangnya dengan kehendak Allah , maka dariNyalah juga kita meminta pertolongan.

Wednesday, January 21, 2009

Rumah Rawatan Baytul Fakir.....al fakir Zaman Ariffin



  • Rumah Rawatan Baytul Fakir  al fakir Zaman Ariffin. merupakan pusat rawatan di rumah(sebuah rumah kedai ) dan bukannya centre atau pusat urut dan rawatan yang di berikan juga tak sama ,malah jauh berbeza dari centre atau pusat rawatan urut ianya merupakan rawatan urut urat sebenar bagi pemulihan dari pada sakit dan penyakit insyaAllah
  • Alamat Saya di Baytul Fakir
  • No: 16D,, Jalan Pandan Indah 1/23C , 55100 Pandan Indah . 
  • Kuala Lumpur
  • ........ Bersebelahan dengan The Store Mid Point Pandan Indah....town centre... rumah kedai atas kedai U knite, sederet dengan kfc pandan Indah....... cara untuk ke sini senang sahaja...jika anda memandu ikut mmr2 berhampiran tesco ampang, tak jauh dari Taman Shemelin, dan Pandan Jaya,. lrt yang palig hampir LRT CEMPAKA. atau naik BAS metro no 30 dari maybank dekat Bangkok Bank ,Kuala Lumpur
  • Untuk berurut tidak perlu membawa kain dan sebagainya, semua ada disediakan.
  • Saya mengurut dari pukul 10 pagi sampai pukul 10.30 
  • malam.masa antara waktu magrib dan isyak dari pukul 7malam hingga 9 malam saya tidak mengurut,
  •  dan hari jumaat bermula dari 3.30 ptg
  •  Rawatan Urut Urat Zaman Ariffin terbuka kepada semua

  • Untuk berurut temujanji diperlukan sebab saya mengurut seorang-seorang pada satu-satu masa........... untuk membuat temujanji sms atau call terus ke no ini, sila sms sahaja antara waktu magrib dan isyak
  • Sila buat temujanji awal untuk mengelakkan kesulitan,kerana sejak kebelakangan ini ramai yang datang berurut. 
  • Rawatan Urut Urat al-fakir Zaman Ariffin, adalah rawatan urut lengkap yang sebenar, bukan rawatan untuk keseronokan atau yang berunsur maksiat,.. jika anda mencari tempat urut berunsur yang demikian di harap tidak datang ke tempat saya. harap maklum.
al fakir Zaman Ariffin-,

017-2670368(utama), 


View Larger Map

Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik untukku dan agamaku, penghidupanku dan akibat kesudahannya, maka kuasakanlah aku kepadanya, dan mudahkan ia untukku ,kemudian berikan berkah di dalam urusan tersebut...
Dan jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk untukku dan agamaku, peghidupanku dan akibat kesudahaannya, maka singkirkanlah ia  dariku dan jauhkanlah aku darinya, kemudian tukarkanlah bagiku yang lebih baik darinya, kemudian redhakanlah ia bagi diriku......amin