Untuk mendapatkan keputusan yang baik dan menyeluruh, urut urat seluruh badan amat digalakkan
perawat akan mengurut ke seluruh bahaguan badan dan urat saraf lengkap semuanya degan kaedah ini perawat dapat mengesan bahagian badan atau urat saraf yang bermasalah dan memulihkan dan mengeluarkan angin sesat dari badan, anggota ,otot urat dan saraf pesakit.
Permulaan , pesakit akan disuruh meniarap. perawat akan mengurut bermula dari bahagian belakang badan dari tulang sulbi dan sisi tulang belakang, hinggga ke bahagian belikat dan bahu belakang,, bahagian ini mempunyai titik refleksologi aktif yang paling banyak pada badan, jika ada bahagian yg terasa sangat sakit selalunya ia berkaitan dengan organ dalaman badan seperti jantung dan paru-paru untuk masalah pernafasan, jika bahagian bawah sulbi sakit ia berkaitan degan masalah sistem kelamin lelaki. bahagian ini akan di urut berulang kali sehingga selesai semua bahagian di betulkan.
- Kemudian perawat akan mengurut dan membetulkan urat dan otot pinggul dan paha kaki belakang pesakit , betis hingga buku lali dan tapak kaki,, darah akan ditolak ke atas ke bahagian badan pesakit, pekara sama kedua2 belah bahagian kaki sehingga selesai otot dan urat di betulkan..
- Anggota Tangan bahagian belakang dan jari di urut dan di betulkan urat dan otot di kedua2 belah bahagian dan darah di tolak ke badan pesakit.
bahagian akhir yang di urut semasa pesakit meniarap adalah bahagian kepala sehingga selesai.
Apabila semua bahagian belakang selesai di urut pesakit akan di suruh terlentang,,,
- Untuk bahagian depan ... urutan di mulakan dari dada ke pusat. kemudian perut
Urutan di perut penting kerana punca penyakit selalunya datang dari perut. Kaabah adalah pusat dunia.. maka perut ada pusat bagi badan manusia . urutan sama seperti pusingan tawaf di Kaabah lawan jam dan tujuh pusingan.
Selesai bahagian perut. Kawasan rusuk akan di urut dari belakang ke depan seulas demi seulas sehinggga rusuk atas dan di kedua2 belah.
- Lengan dan tangan depan akan di urut di kedua2 belah sehingga selesai .
Apabila bahagian atas badan selesai . urutan di peha di buat bermula dari sendi atas lutut. bahagian peha ini penting sebab urat di sini bersambung dengan urat batin lelaki. Urut membetulkan urat dan otot di kedua-dua belah di buat sehingga selesai. bahagian ini juga penting untuk orang yg mengalami masalah sakit pinggang.
- Kemudian bahagian bawah kaki di urut dari hujung jari ke atas sebelum semua darah di tolak ke atas .Apabila selesai . perawat akan mengurut bahagian kepala depan dan muka pesakit sehingga selesai.
- Apabila semua bahagian anggota tersebut selesai di urut, sedikit senaman akan di buat pada kaki pesakit senaman harimau untuk membetulkan balik kedudukan tulang belakang dan pinggul. Bahagian akhir yang di urut adalah di tempat sulit lelaki. Bahagian ini diurut bila pesakit mahu dan menghadapi masalah sahaja, jika pesakit tidak mahu di urut bahagian ini perawat tidak akan menyentuhnya, urat akar pangkal akan dibetulkan dulu iaitu di bawah telur dan sisi pangkal zakar. ari-ari ke pusat. dan urutan dari pangkal ke takuk. angin akan dibuang, urat dan otot di betulkan.
Apabila semua selesai di urut pesakit akan di suruh duduk . perawat akan membetulkan urat tangan dan badan dari belakang. sebelum mengakhiri rawatan urutnya dengan berselawat. dan mintak dipulihkan kesihatan pesakit dengan izin Allah.
- Untuk Rawatan Urut Lengkap Seluruh Badan .. pesakit tidak di galakkan mandi selepas berurut sekurang-kurangnya 3 jam selepas berurut...sebab minyak yang digunakan akan meresap ke dalam badan pesakit dalam masa itu dan memulihkan badan.dan untuk mengelakkan angin masuk semula ke badan pesakit. pesakit juga tidak digalakkan membuat kerja kuat seperti mengangkat barang berat atau bersukan. sebab semasa berurut otot2 seperti di paksa membuat keja jadi seelok-eloknya pesakit di nasihati berehat atau tidor di rumah.
- Insyaallah selepas berurut badan pesakit akan kembali normal, rasa lebih ringan dan bertenaga,dan pergerakkan anggota badan menjadi lebih selesa...Dengan Izin Allah biasanya badan pesakit akan pulih . adalah di galakkan ulangan urutan di buat selepas itu. paling awal 3 hari , 5hari atau 7hari tapi bukan satu syarat, seelok2nya urutan berjadual di buat setiap bulan, ini cara yang terbaik.
Dapatkan Rawatan Sebenar Urut Melayu Tanpa mengeluarkan wang yang banyak dan rawatan yang sia-sia dari tukang urut komersal sekarang.
- Upah untuk Rawatan Lengkap Urut Urat Seluruh Badan.... Rm70
- tiada charge- tersembunyi dikenakan.. upah urut adalah tetap, upah urut adalah berdasarkan kederat yang di gunakan oleh perawat semasa mengurut, diharap tidak membebankan pesakit. jika benar-benar tidak mampu boleh berbincang dengan saya. Sesungguhnya saya mencari yang halal, yang halal itulah yang berkat dan yang berkat itu mencukupi walaupun sedikit, insyaallah.
- Masa Rawatan Urut Urat berbeza-beza mengikut masalah yang dihadapi,,, selalunya mengambil masa dari sejam ke sejam 30 minit.... kadang-kadang ada juga sampai 2 jam kerana banyak urat yang perlu di betulkan... bayaran tetap sama ikut badan bukan ikut jam... saya mengurut sehinggga selesai satu badan bukan mengikut jam seperti tukang urut sekarang.
- Jika pesakit menderita penyakit tertentu, atau mengalami sakit yang berlanjutan, lebih seminggu, sakit belikat, belakang badan, letih lesu, tak bersemangat dan sebagainya, sila sms nama penuh , nama bapa dan nama ibu, serta masalah yang di hadapi, InsyaAllah
- Rawatan mereka yang mengalami ganguan mahluk..(jin,saka,sihir,ilmu yang sesat,qorin,ifrit, kifarah dan lain2 sakit kronik dan kes2 di icu)..sila hubungi terus degan al-fakir zaman ariffin..upah untuk rawatan akibat gangguan adalah mengikut keikhlasan hati pesakit sesuai dengan rezeki yang Allah kurniakan padanya, dan keluarganya dan pesakit di galakkan rajin bersedekah dan solat taubat.InsyaAllah